Saturday, August 20, 2011

GUINEESS STOUT (Minuman PARPUKARI) sesuai untuk lemah2 badan...

Sekarang...


Dulu....

INI BARU BETUL PUNYA "KETUANAN MELAYU"...DARI MERASMIKAN KILANG, MEMBERI LESEN MENGILANG, MENJADI MODEL IKLAN, IKLAN DALAM BAHASA MELAYU DAN DITERBITKAN DALAM MEDIA BERBAHASA MELAYU.....KWAH KWAH KWAH....PEMUDA UMNO/PERKASA/PEKIDA/GAPS/NGO(k)- NGOK(k) MELAYU MESRA UMNO SUDAH PASTI BERASA MEGAH DAN BANGGA.....

"Sa-tegok Guinness Stout membuka selera. Sa-gelas Guinness Stout mengandongi khasiat. Ia memberi tenaga di-waktu badan berasa leteh dan lesu. Ini-lah minuman yang menambahkan khasiat kapada sa-barang santapan. Ya, sa-lepas bekerja, apabila berasa penat dan di-kala tiada selera, maka tidak ada-lah yang lebeh sempurna daripada sa-gelas Guinness Stout."

PATUTLAH UMNO SUKA TAKE BEER!! TAKE BEER!!

JOM SOKONG PAS!! TAKBIR!! TAKBIR!!

KEMANA PERGI SUBSIDI KAMI?


kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju...
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara...
kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?
papa semakin parah? wang semakin lelah?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah...
kerana kerajaan kita sedang susah?
maka subsidi kita terpaksa diserah...
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi...
akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang...
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...
kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia...
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak...

sedangkan kalian manusia angkasa...
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

tapi kami masih di sini..di teratak ini...
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam...
dengan rumah yang suram...
dengan wang yang hampir padam...

tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip...
tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini...

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
kalian yang belasah, kami yang bersalah...
kalian buat untung, hutang kami tanggung...
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang...
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
kalian makan isi, kami dijadikan abdi...

lantas, kalian rampas lagi subsidi...
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami...
jika tidak pun buat gula konon merbahaya
mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta...
mengapa tambang tidak potong sahaja...
tapi entah berapa kali janji...
konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
kami terus termanggu di sini...
kalian juga yang nikmati...
kami hanya menggigit jari...

kembalikanlah kepada kami harta negara...
jangan hanya kalian sahaja yang merasa...
Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Bukan ‘ketuanan Melayu’ selamatkan Melayu, tapi Keadilan Islam.


KAJANG, 27 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, masa depan orang Melayu akan terjamin jika sistem pentadbiran negara berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam, bukan Ketuanan Melayu yang menjadi polemik baru-baru ini.

“Yang boleh selamatkan orang Melayu bukan Ketuanan Melayu, bukan Raja-raja Melayu tetapi adalah Allah s.w.t.

“Jadi, kita perlu berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam yang mana Islam untuk semua sama ada orang Melayu atau bukan Melayu.

“Setiap kaum perlu diberi nilai dengan Islam, tiada nilai orang Melayu tanpa Islam. Umno dibina atas dasar Melayu tetapi kalau dibina atas dasar Islam ia akan jadi lebih luas,” katanya pada Forum Polemik Ketuanan Melayu di Dewan Majlis Perbandaran Kajang di sini malam tadi.


Beliau juga mempersoalkan apabila istilah Ketuanan Melayu menjadi laungan dan slogan pihak tertentu sedangkan maksud sebenar ungkapan itu tidak dijelaskan dengan baik.

“Kena jelaskan perkataan Ketuanan Melayu ini, apa yang dipertahankan dan diperjuangkan melalui istilah ini? Adakah ia bermaksud hak keistimewaan orang Melayu atau ada maksud lain? Adakah hak keistimewaan orang Melayu ini menggunakan istilah ini (Ketuanan Melayu)?

“Maksudnya tidak dijelaskan, adakah keistimewaan orang Melayu dan Ketuanan Melayu ini mempunyai maksud sama? Jadi bagi saya relevan jika orang Melayu berpegang kepada prinsip keadilan Islam.

“Ini kerana ketuanan merujuk kepada prinsip keadilan Islam bukan Melayu atau rakyat, apa yang berlaku adalah kekeliruan istilah. Kita kena perpandukan kepada prinsip keadilan Islam,” katanya.

Turut menjadi ahli panel dalam program anjuran PAS itu adalah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Dr Hasan Mad, Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Sabky Yusof dan Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abdul Rahman.

Tambah beliau, isu Ketuanan Melayu tidak perlu dibangkitkan kerana ia bukan satu keperluan untuk diperdebatkan.

“Istilah Ketuanan (Melayu) ini adalah istilah yang kabur, jadi ia bukan keperluan untuk dibangkitkan kecuali kalau ia diperjelaskan. Malah, tindakan orang Melayu yang menggunakan istilah ini menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan orang bukan Melayu yang mana mereka beranggapan Islam melakukan diskriminasi kaum.

“Mereka (orang bukan Melayu) bukan musuh, saya tidak nampak keperluan orang bukan Melayu adalah musuh kita, cuma banyak tindakan orang Melayu yang beri tanggapan sebaliknya.

“Kita perlu berbalik kepada Islam, Islam lebih luas tapi saya bimbang apabila istilah ini dimainkan ia akan meruncingkan lagi keadaan. Islam bukan eksklusif untuk orang Melayu sahaja, ia adil untuk semua,” katanya.

Sejak bulan lalu, pendebatan isu konsep Ketuanan Melayu ini begitu hebat diperkatakan selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar Kongres Naional PKR meminta supaya Ketuanan Melayu ditinggalkan.

Malah Perkasa juga mengkritik dengan menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik” dan kacang melupakan kulit kerana meminta ungkapan Ketuanan Melayu diketepikan bagi memajukan orang Melayu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mencadangkan Raja-raja Melayu agar perkenan mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negara ini.

Dalam menyentuh polemik ungkapan Ketuanan Melayu, Mursyidul Am PAS itu berkata, Raja-raja Melayu yang memperlihatkan kebimbangan mengenai kedudukan orang Melayu sejak kebelakangan ini, perlu tampil mencari jalan penyelesaian menggunakan lunas al-Quran.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Dr Hasan Mad menyifatkan polemik Ketuanan Melayu yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini sebagai “gegaran politik”, yang dimainkan pihak tertentu termasuk parti politik semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat.

Oleh itu, Hasan menggesa supaya perkara tersebut dihentikan serta-merta memandangkan ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga berkata, isu Ketuanan Melayu dibangkitkan selepas pilihan raya umum 2008 yang mana ia diperkatakan oleh orang Melayu bukan orang bukan Melayu.

“Sebelum pilihan raya umum 2008, tidak ada sesiapa pun yang sentuh perkara ini (Ketuanan Melayu), ia berlaku selepas pilihan raya umum 2008 dan yang timbulkan perkara ini juga adalah orang Melayu.

“Sebenarnya Ketuanan Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, cuma kalau boleh dikatakan ia adalah gabungan beberapa perkara yang dikumpulkan di bawah Perlembagaan.

“Jadi isu Ketuanan Melayu ini adalah gegaran politik, tidak lebih dari gegaran politik. Orang bukan Melayu tidak pernah persoalkannya pun, ia timbul secara tiba-tiba,” katanya.

Menurut Hasan, ada tiga kelompok yang menyebabkan isu Ketuanan Melayu menjadi polimek sehingga ia sukar untuk dihentikan termasuk pemimpin parti politik, cendekiawan dan kemungkinan orang bukan Melayu yang cuba mengambil kesempatan.

“Ada tiga kelompok, yang pertama adalah pemimpin parti politik yang mana mereka menjadikan politik sebagai satu perniagaan sehingga perkara yang tiada isu juga dijadikan isu termasuk Ketuanan Melayu.

“Sepatutnya lepas habis pilihan raya umum fokus kepada pembangunan negara tetapi sebab terlalu banyak berpolitik akhirnya bercakap perkara yang akhirnya mengelirukan,” katanya.

“Yang kedua adalah cendiekiawan yang mana kelompok ini menulis dalam media-media tentang apa yang mereka tahu sahaja.

“Banyak cendekiawan menulis dari sudut pemahaman mereka sahaja yang akhirnya juga memberikan kefahaman yang berbeza dalam perkara ini.

“Dan yang ketiga mungkin kelompok orang bukan Melayu yang akan mengambil kesempatan daripada pertelagahan orang Melayu ini. Kalau diteruskan tidak mustahil kelompok ini akan menangguk di air yang keruh,” katanya.

Beliau juga berkata perkataan Ketuanan Melayu tidak boleh diterjemahkan kepada perkataan “Malay supremacy” kerana maksudnya berlainan.

“Ketuanan Melayu bukan isu, ia bukan sesuatu yang harus diperdebatkan, ia cuma gegaran politik.

“Ketuanan Melayu ini hanya propaganda yang berlaku selepas pilihan raya 2008 yang mana pola pengundian ketika itu bersifat perkauman.

“Jadi ia dibangkitkan untuk mengekang pola pengundian itu daripada terus berlaku,” kata Ahmad Sabky.

Beliau berkata istilah Ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak tidak termaktub dalam mana-mana perjanjian termasuk perjanjian kemerdekaan.

“Istilah Ketuanan Melayu sendiri saya tidak jumpa di mana asalnya, dalam Perlembagaan tiada, perjanjian kemerdekaan pun tiada cuma yang ada dalam wikipedia.

“Istilah ini tidak wujud, ia cuma politik, Kita perlu cari maknanya dulu baru boleh nak cakap. Apa yang adalah dalam Perlembagaan adalah hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ezaruddin juga berpendapat polemik Ketuanan Melayu juga sekadar “gegaran politik” yang dimainkan untuk meraih sokongan.

“Ini satu gegaran politik sahaja, ia dimainkan golongan tertentu untuk meraih sokongan.

“Tiada maksud Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan tetapi ia diguna pakai oleh ahli politik, jadi saya harap tafsiran ini perlu diperjelaskan supaya tiada mazhab yang berbeza-beza,” katanya


The Malaysian Insider

Friday, August 5, 2011

My lovely little family






HOT!!! Anonymous will attack again on 24 October

PETALING JAYA: Kumpulan Penggodam "Anonymous" yang mendakwa bertanggungjawab menggodam laman web kerajaan pada bulan Jun lalu, telah mengancam untuk melancarkan serangan terbaru pada 24 Okt ini.

Matlamat serangan ini yang didedahkan melalui klip video YouTube sepanjang 5.25 minit adalah bertujuan untuk melemahkan kempen 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Pada 24 Okt, Anonymous akan melanggar semua server pihak pemerintah, kita akan meludahi kepada idea-idea hipokrit anda dan melanggar mana-mana laman web yang menyokong 1Malaysia," katanya dalam satu video.

"Selagi Perdana Menteri kekal, kita tidak akan berhenti dengan serangan ini. Video ini adalah amaran untuk anda. Selamat datang ke 'Red Oktober', " tambah video yang disiarkan oleh pengguna yang dikenali sebagai 1917comrade.

Klip video menunjukkan gas pemedih mata yang ditembak ke arah peserta perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai dan temubual Najib dengan saluran berita Amerika CNN baru-baru ini di mana beliau berkata bahawa tidak ada kekerasan yang tidak wajar yang digunakan kepada peserta perhimpunan.

Klip ini juga menampilkan imej A Kugan yang meninggal dunia di dalam tahanan polis, dan Teoh Beng Hock yang jatuh dan menyebab kematiannya ketika di dalam penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Mereka Yang Tidak Berdosa

Terdapat juga imej mangsa bunuh dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Najib dan kemudian imej pembantunya Abdul Razak Baginda di dalam satu bingkai. (Razak dibebaskan walaupun bersubahat di dalam kes pembunuhan Altantuya, manakala Najib menafikan mengenali wanita Mongolia ini.)

"Kami telah mendengar pembohongan yang diberitahu oleh kerajaan. Kita telah melihat apa yang mereka mampu lakukan. Bentuk demokrasi mereka telah memusnahkan kehidupan orang yang tidak bersalah. Siapakah yang akan bercakap bagi pihak orang-orang ini apabila semua suara sudah tidak ada lagi? Siapakah yang akan bangkit dan berkata 'Cukuplah'?" kata suara audio bersama latar belakang imej dan muzik yang dramatik.

Pada bulan Jun lalu, 51 laman web kerajaan telah digodam, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Suruhanjaya. Daripada jumlah ini, 41 telah terganggu.

SKMM tidak memberikan nama laman web yang digodam. Walau bagaimanapun, ia dilaporkan bahawa laman web yang digodam adalah laman web utama kerajaan, MyGovernment (www.malaysia.gov.my), Pelancongan Sabah, Perbendaharaan, Parlimen, Jobs Malaysia, Kementerian Maklumat Komunikasi dan Kebudayaan, Majlis Sukan Negara dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Anonymous mendakwa bertanggungjawab di atas serangan yang disifatkan sebagai "Operasi Malaysia". Serangan itu dilancarkan berikutan pengumuman untuk menyekat 10 laman web perkongsian fail oleh SKMM.

Anonymous mendakwa bahawa Malaysia adalah "sebuah kerajaan ketat di dunia, malah menyekat filem dan rancangan televisyen". Ia juga bererti menapis laman web pemberi maklumat antarabangsa, WikiLeaks, dan perkongsian fail prominnt tapak Bay Pirate Malaysia.

Pihak berkuasa mendakwa bahawa tiada data peribadi atau kewangan telah dikompromi semasa di serang.